Tuesday, October 09, 2012

Kakak & Majlis Konvokesyen

Kakak menggayakan gaun untuk acara pakaian beragam sempena Majlis Konvokesyen Taska. Bunga-bunga dibuat dan dijahit sendiri oleh ummi.

Riang dengan pakaian untuk persembahan nasyid. Semasa latihan di taska, kakak bagitau dia nak nasyid di hotel. Mula-mula tu tak percaya tapi memang betul apa yang dikatakannya. Majlis Konvokesyen Taska diadakan di sebuah hotel kat sini.

Hehe..dah mula rimas dengan tudung yang dipakai. Ketat la, sakit kat dagu la.. Macam-macam alasan..

Kakak bersama kumpulan nasyid dari taskanya sedang mempersembahkan lagu nasyid yang bertajuk 'Alif, Ba, Ta'. Semuanya berusia empat tahun.

Tunduk hormat kepada audien iaitu ibubapa, penjaga, VIP dan jemputan.

Kawan dan kawan-kawan sekelas menggayakan pakaian beragam.

Menerima sijil taska.

Muka kakak dah monyok sebab mengantuk. Jam hampir pukul 12 pagi ketika ini.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...