Wednesday, November 21, 2012

Kakak@Kota Mahsuri

Bergambar bersama kereta kuda antik di laluan masuk ke Kota Mahsuri.

Kakak yang beria-ia nak naik rumah Mahsuri. Masuk tak lama terus ajak turun. Rumah asal keluarga Mahsuri perlukan kerja pembaikan kerana terdapat beberapa bahagian yang rosak dan patah. Sayang pula kalau ia dibiarkan tanpa penyelenggaraan..

Tuesday, October 09, 2012

Kakak & Majlis Konvokesyen

Kakak menggayakan gaun untuk acara pakaian beragam sempena Majlis Konvokesyen Taska. Bunga-bunga dibuat dan dijahit sendiri oleh ummi.

Riang dengan pakaian untuk persembahan nasyid. Semasa latihan di taska, kakak bagitau dia nak nasyid di hotel. Mula-mula tu tak percaya tapi memang betul apa yang dikatakannya. Majlis Konvokesyen Taska diadakan di sebuah hotel kat sini.

Hehe..dah mula rimas dengan tudung yang dipakai. Ketat la, sakit kat dagu la.. Macam-macam alasan..

Kakak bersama kumpulan nasyid dari taskanya sedang mempersembahkan lagu nasyid yang bertajuk 'Alif, Ba, Ta'. Semuanya berusia empat tahun.

Tunduk hormat kepada audien iaitu ibubapa, penjaga, VIP dan jemputan.

Kawan dan kawan-kawan sekelas menggayakan pakaian beragam.

Menerima sijil taska.

Muka kakak dah monyok sebab mengantuk. Jam hampir pukul 12 pagi ketika ini.







Tuesday, September 04, 2012

Darwisy & Perkembangan Terkini

Baby posing atas playmat. Yang kat atas kita ni awan dan pelangi. Kita suka tarik dan nak geget pelangi dan awan tu. Ni kita berhenti kejap sebab abah amek gambar kita.. lepas ni kita sambung balik dan main-main atas playmat ni..hehe..

Ni kita posing dengan baju raya. Baju Melayu je kita pakai, seluar belum pakai lagi. Abah kena edit gambar ni sebab nampak diaper kita..hihihi.. Hobi masa lapang kita, hisap jari. Bukan jari je...tangan pun kita makan sekali. Tak la sedap mana..rasa liur sendiri je..huhu..  Sekarang ummi dan tuk kita dah suap moi. Makin tembam la kita. Ni pun orang selalu cubit-cubit pipi kita bila tengok kita. Abes merah pipi kita.

Umur kita hari ni, 6 bulan 16 hari... Berat masa timbang kat klinik tadi, 8.0kg. Pagi tadi gi klinik..kena cucuk. Sakitttt tapi kita nangis kejap je. Hero mana boleh nangis...

Thursday, July 05, 2012

Darwisy@4 Julai 2012


Date : Pagi 4 Julai 2012.
Status : Batuk. Baru baik dari demam, batuk la pulak. Kesian pulak si kecil ni malam-malam tidurnya terganggu.
Komen : Atas kepala tu kena buh ubatan herba (campuran putik jambu batu dan lain-lain) untuk rawat batuk, selain ubatan kimia(klinik).

Friday, June 22, 2012

Darwisy - 4 Bulan 1 Hari

Foto Darwisy yang dirakam pada 20 Jun 2012. Umur baby masa ni 4 bulan satu hari. Ni gambar baby sebelum gi klinik. Baby demam, suhu badan naik. Sehingga pagi tadi badannya masih panas. Demam ni orang istilah sebagai demam malam. Kesian baby, kecik-kecik dah kena telan ubat. Tolong doakan baby cepat baik dan sembuh dari demam ye.

Yang ni gambar Darwisy pada 3 Jun 2012. Abah ambik gambar baby sedang sembang ni.

Friday, June 01, 2012

Darwisy 3 Bulan


Inilah puteraku, Darwisy yang berusia 3 bulan. Berat Darwisy ni 6.3 kg masa timbang kat klinik.
Sekarang dah pandai bersembang dengan bahasa babynya dan belajar nak meniarap dah.. Ni untuk mak-mak sedara yang rindu nak tengok Darwisy.. Comel tak??. 

Thursday, May 17, 2012

My New Hobby - RC Helicopter

RC Helicopter Syma S031G berukuran 61cm(24inci) panjang. Mampu terbang sehingga 50 meter tinggi dan jarak kawalan 100 meter.

Dua kipas utama dengan balancer dan dilengkapi gyroscope.

Ready to fly.. Dah berpuluh-puluh kali buat pendaratan kecemasan. Dua kali terhempas dari tempat tinggi tapi masih berfungsi dengan baik.


Thursday, March 15, 2012

Senyum :)



Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman
Senyuman… senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati
Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Lagu : Senyum (Raihan)

Sunday, February 26, 2012

Persada Nur Kasih - Terkini

Perkembangan terkini projek Persada Nur Kasih. Hampir siap kerja memasang bata.

Pandangan sisi dan depan rumah.

Pandangan sisi kiri. Lebih 11,000 unit bata telah dipasang dan semuanya dilakukan seorang diri. Satu kepuasan, tiada kepenatan yang dirasai.


Thursday, February 23, 2012

Lahirnya Seorang Putera

Baby boy pada hari kelahiran. 

Ni hari kedua. Kita masih kat hospital lagi.

Hari ketiga. Kita dah ada kat rumah. Hari ni abah kita dah daftar nama untuk kita tapi abah kita kata tak nak tulis kat sini..hehe..


Baby boy lahir pada 19 Februari, 2012. Tak sampai seminggu selepas kakak menyambut hari kelahirannya dan sehari sebelum hari kelahiran abahnya. Lahir pada pukul 8:44am dengan berat 3.07kg.

Monday, February 13, 2012

Happy Birthday, Puteriku Sayang

Puteriku selepas beberapa jam dilahirkan.

Empat tahun dah berlalu... Selamat menyambut hari lahir ke 4 wahai puteriku sayang.

Kek besday puteriku.


Puteriku Sayang

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri 
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi 
Berpegang pada janji mengabdikan diri 

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana 
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya 
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama 
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya 
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara 
Mahligai syurga itulah tempatnya.

Nyanyian : Hijjaz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...