Thursday, May 17, 2012

My New Hobby - RC Helicopter

RC Helicopter Syma S031G berukuran 61cm(24inci) panjang. Mampu terbang sehingga 50 meter tinggi dan jarak kawalan 100 meter.

Dua kipas utama dengan balancer dan dilengkapi gyroscope.

Ready to fly.. Dah berpuluh-puluh kali buat pendaratan kecemasan. Dua kali terhempas dari tempat tinggi tapi masih berfungsi dengan baik.


Thursday, March 15, 2012

Senyum :)



Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman
Senyuman… senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati
Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Lagu : Senyum (Raihan)

Sunday, February 26, 2012

Persada Nur Kasih - Terkini

Perkembangan terkini projek Persada Nur Kasih. Hampir siap kerja memasang bata.

Pandangan sisi dan depan rumah.

Pandangan sisi kiri. Lebih 11,000 unit bata telah dipasang dan semuanya dilakukan seorang diri. Satu kepuasan, tiada kepenatan yang dirasai.


Thursday, February 23, 2012

Lahirnya Seorang Putera

Baby boy pada hari kelahiran. 

Ni hari kedua. Kita masih kat hospital lagi.

Hari ketiga. Kita dah ada kat rumah. Hari ni abah kita dah daftar nama untuk kita tapi abah kita kata tak nak tulis kat sini..hehe..


Baby boy lahir pada 19 Februari, 2012. Tak sampai seminggu selepas kakak menyambut hari kelahirannya dan sehari sebelum hari kelahiran abahnya. Lahir pada pukul 8:44am dengan berat 3.07kg.

Monday, February 13, 2012

Happy Birthday, Puteriku Sayang

Puteriku selepas beberapa jam dilahirkan.

Empat tahun dah berlalu... Selamat menyambut hari lahir ke 4 wahai puteriku sayang.

Kek besday puteriku.


Puteriku Sayang

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri 
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi 
Berpegang pada janji mengabdikan diri 

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana 
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya 
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama 
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya 
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara 
Mahligai syurga itulah tempatnya.

Nyanyian : Hijjaz

Friday, November 11, 2011

Tok Ke @ Tokek



Tokke atau tokek yang semakin jatuh popularitinya tapi ia masih setia bersama kami.. Tokkeee...tokkeee..setiap malam dan siang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...