Monday, March 21, 2011

Durian Bangkok


Durian yang dikenali dengan nama durian bangkok di kalangan penduduk Kelantan adalah klon durian dari Thailand. Seingat saya, klon ini dibawa masuk ke Malaysia pada penghujung tahun 70. Isi durian ini tebal dan berwarna kuning keemasan. Untuk memastikan kualiti buahnya elok, ia dipetik ketika  mula masak dan jika dikutip selepas gugur, isinya telah ranum dan tidak pejal. Rasanya isinya sedap dan sangat sesuai untuk dibuat pulut durian kerana isinya tebal. Pokok durian dalam foto ditanam oleh arwah datuk saya. Entah berapa lama saya tidak merasa isi buah durian ini.

2 comments:

  1. oooo durian bakok...huhuhu, akk lg lama tk mkn huhu,rindu kg lama kita

    ReplyDelete
  2. Duye bakok yg arwah cik tnm. Foto ni snap thn lps. Biasanya buah tu dpt kat org. Dh btahun tak mkn buah ni. Dulu sllu pnjt pkk ni amek buah dn peram.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...