Friday, March 04, 2011

Pasar Lambak Gua Musang

Suasana pada awal pagi di pasar lambak Gua Musang. Para peniaga baru tiba untuk memulakan bisnes masing-masing.
Barang-barang yang dijual ada yang dilambakkan menggunakan alas.

Pelbagai barangan atau keperluan yang boleh dibeli di sini. Jika anda ingin bersarapan pagi, segala jenis menu sarapan negeri Kelantan ada dijual di sini. Nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang dan kuih muih. Pakaian, tudung, aksesori, beg tangan, maianan, anak pokok, buah-buahan, sayuran, kasut bundle, dan segala macam benda yang boleh membuatkan kita rambang biji mata..haha..

Info Pasar Lambak Gua Musang

Pasar malam dan pasar pagi di Gua Musang lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Pasar Lambak. Tapak pasar lambak terletak di bandar baru Gua Musang iaitu berdekatan Pasar Awam Gua Musang. Aktiviti perniagaan di Pasar Lambak ini diadakan pada petang Khamis dan hari Jumaat. Hari Khamis aktiviti perniagaan bermula pada jam 7 petang hingga 12 tengah malam (pasar malam). Pada hari Jumaat pula aktiviti perniagaan bemula jam 7 pagi hingga 12.30 tengahari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...